Program Penajaan Anak Yatim Kemboja

Sentuhan Ikhlas diperlukan: Lebih 250 anak yatim perlukan perhatian anda..
Santuni Anak Yatim Kemboja
__



Kos Saraan Anak Yatim Kemboja Mencecah RM2000 setahun!

Cuba bayangkan apa yang kita boleh beli untuk RM2000? Mesti penuh troli dengan pelbagai makanan ruji dan snek lazat.


Anak-anak yatim ini, mereka hanya mahu tempat berlindung yang selamat dan makanan untuk mengalas perut. Hanya mahu ini… berjuang untuk kehidupan walaupun sekecil ini. 




Tetapi kami di Glokal Ihsan percaya, mereka perlu disantuni dan diberi hak menjadi kanak-kanak, bukan seorang pejuang kehidupan. Jadi kami turun padang dan hulurkan bantuan buat mereka. Dengan berkat kerjasama tim dan pelbagai pihak, kami telah berjaya menaja 250 anak yatim. 


Kami sediakan tempat tinggal yang lebih selamat bersama penyelia dan penjaga, makan dan minum yang lebih berkhasiat, pakaian yang lebih baik, keperluan asas yang lain, dan paling penting, kami menyediakan pendidikan buat mereka, supaya suatu hari nanti, mampu mereka keluar dari kemiskinan dan mampu menarik rakan yang lain juga dari kemelut kemiskinan ini.




Setelah kami nampak ada kejayaan dan sinar di dalam program ini, akhirnya perjalanan kewangan kami hampir sampai kepenghujung. Di Kemboja, mereka tiada badan-badan kebajikan seperti pihak zakat malah tiada badan kerajaan yang boleh kami cuba memohon bantuan. Manakala, rumah anak yatim lain juga mengalami masalah kewangan sendiri. Oleh itu, kami ingin membuka peluang menyantuni anak-anak yatim ini kepada anda. 


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 


كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ


Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.

[Riwayat Muslim, (2983)]






Seorang anak yatim hanya memerlukan RM50 seminggu, RM167 sebulan dan RM2000 untuk kos saraan setahun.


Kos yang diperlukan ini akan merangkumi segala keperluan seperti :


  • Asrama tempat tinggal yang lebih selamat bersama penyelia & penjaga
  • Makan dan minum harian yang lebih berkhasiat
  • Yuran pendidikan supaya mereka mampu keluar dari kemiskinan nanti
  • Kit perubatan asas
  • Keperluaan asas yang lain



Ayuh kita sama-sama meneruskan program ini. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Membantu anak yatim yang memerlukan merupakan satu bentuk amal jariah yang kita boleh laksanakan. Seakan satu perkara yang mustahil untuk kita diamkan diri dan membiarkan sahaja anak-anak ini hidup dalam keadaan pasang surut dan perubahan tanpa ada bantuan yang konsisten serta berkesinambungan.



Firman Allah Subhanahu wa Ta ‘ala yang tafsirnya:


"Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin". (Surah al-Baqarah: 83)


Semoga dengan bantuan dan tajaan yang kita berikan dapat menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak di negara Kemboja ini. Insha-Allah, selama mana pemberian kita digunakan oleh anak-anak ini serta kebaikan yang dilakukan mereka, ganjaran serta fadhilat yang kita tidak jangka akan menemui kita semula. 






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja (setahun) - RM2000
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja (6 Bulan) - RM1000
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja (3 Bulan) - RM500
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja (1 Bulan) - RM167
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja (1 Minggu) - RM50
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja - RM20
Program Penajaan Anak Yatim Kemboja - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Perlukan Bantuan?